TKM 1 Mansor Othman terbabit skandal pasir di PP ?

curi pasir di Valdor, Bt Kawan oleh kroni pemimpin PKR

PKR Selangor & PKR PP , 2 x5 kaki songlap pasir
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat dakwaan penglibatan pemimpin kanan kerajaan negeri ‘melindungi’ kegiatan perlombongan pasir secara haram di kawasan seluas 1.6 hektar di Jalan Tasek, Valdor dekat Batu Kawan di sini.

Bekas Ahli Parlimen Batu Kawan, Huan Cheng Guan berkata, pihaknya menerima aduan dan maklumat berhubung unsur penyalahgunaan kuasa melibatkan pemimpin kerajaan negeri yang didakwa turut mendapat habuan hasil daripada aktiviti tersebut.

Menurutnya, terdapat keraguan walaupun kerajaan negeri sudah menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat aktiviti melombong pasir di kawasan itu selepas ia didedahkan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Goh Choon Aik baru-baru ini.

Tambah beliau, aktiviti melombong pasir secara haram di kawasan ini pernah didedahkan dan kerajaan negeri berjanji untuk menyiasat tetapi akhirnya tiada tindakan diambil.

Kali ini sekali lagi ia didedahkan dan kerajaan negeri nak siasat lagi, sedangkan MPSP sudah sahkan ia beroperasi secara haram.

Semua ini menimbulkan keraguan malah ada maklumat mengenai hubungan pemilik syarikat dengan pemimpin kanan kerajaan negeri termasuk dalam membiayai aktiviti politik mereka. SPRM kena siasat perkara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Choon Aik yang juga pemimpin PKR di Batu Kawan sebelum ini mendedahkan aktiviti melombong pasir secara haram di kawasan itu tetapi dinafikan Exco Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir negeri, Law Choo Kiang.

Akhbar-akhbar berbahasa Cina kemudian melaporkan ketegangan yang timbul ekoran isu itu antara Choon Aik dan Choo Kiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun daripada PKR. Ketegangan itu semakin memuncak apabila Choon Aik dilaporkan meletakkan semua jawatannya dalam PKR tetapi masih menjadi ahli biasa selain kekal sebagai ahli MPSP.

Sejurus peletakan jawatan Choon Aik, kepimpinan PKR negeri dikejutkan dengan penyebaran e-mel yang mendedahkan Choo Kiang dan Timbalan Ketua Menteri I yang juga Pengerusi PKR negeri, Mansor Othman mempunyai hubungan istimewa dengan pemilik syarikat pasir terbabit.

E-mel itu antara lain mendakwa kedua-dua pemimpin kanan kerajaan negeri terlibat menerima sumbangan wang ringgit yang dimasukkan terus ke akaun mereka.

Pengirim e-mel berkenaan juga mendakwa, pemilik syarikat pasir mendapat ‘perlindungan’ walaupun tahun lalu berdepan dengan siasatan berhubung perlombongan pasir haram oleh jawatankuasa dipengerusikan oleh Choo Kiang. E-mel itu mendakwa pemegang saham syarikat pasir berkenaan yang baru dikurniakan gelaran ‘Datuk’, pernah dilihat bersama-sama Choo Kiang melancong ke Macau dan Genting Highlands.

Pengirim e-mel itu yang dipercayai orang dalam PKR sendiri mendakwa, pemilik syarikat pasir itu juga memberi sumbangan besar kepada pejabat Timbalan Ketua Menteri I termasuk bagi penganjuran majlis makan malam yang dihadiri Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Februari lalu.

Choo Kiang bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai cubaan pihak tertentu untuk menjatuhkan imejnya manakala Mansor belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pendedahan itu. Syarikat terbabit, Food Cent Sdn. Bhd., sebelum ini menegaskan, aktiviti perlombongan di kawasan itu dijalankan secara sah dan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Choon Aik dan tiga lagi ahli MPSP.

Difahamkan, kerajaan negeri baru-baru ini mengarahkan kerja-kerja melombong pasir di kawasan itu dihentikan sementara menunggu siasatan oleh sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Choo Kiang.

Cheng Guan bagaimanapun mempersoalkan ketelusan siasatan itu memandangkan jawatankuasa penyiasat dipengerusikan oleh Choo Kiang yang dikaitkan ada hubungan baik dengan pemilik syarikat pasir tersebut.

“Mana prinsip ketelusan yang dilaung-laungkan oleh kerajaan negeri selama ini? Bagaimana Choo Kiang boleh mengetuai siasatan sedangkan dia didakwa ada hubungan dengan pemilik syarikat terbabit.

“Soalnya sekarang adalah MPSP mengatakan kegiatan lombong pasir di kawasan itu dijalankan tanpa permit tetapi Exco pula kata ada permit, jadi dalam hal ini rakyat mahu percaya kepada siapa,” ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya difahamkan siasatan MPSP mendapati syarikat pasir terbabit tidak mendapat kebenaran untuk menjalankan kerja-kerja perlombongan pasir di kawasan berkenaan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 70 (A) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1976.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s