Edisi Terkejut !!! Ketua Pemuda PAS sokong UMNO dan PAS berkerjasama.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Tantawi berkata, hasrat perpaduan bangsa melayu wajar disegerakan kerana UMNO dan Pas tidak mempunyai banyak masa lagi untuk menyelesaikan masalah yang telah dihadapi oleh dua parti berkenaan sejak berdekad-dekad lalu.

Tambahan pula, katanya, umat Islam ketika ini terlalu bosan dengan pertelagahan tersebut terutama gelagat pemimpin tertentu yang memburu kepentingan politik dengan mengeksploitasi sentimen kebencian antara UMNO dan Pas.

‘‘Kita juga tidak mempunyai banyak masa. Untuk menjayakan pelan damai yang saya cadangkan ini, semua pihak mesti berlapang dada. Korbankan perasaan dan kemahuan (masing-masing), bertolak ansur mencari noktah damai atau gencatan senjata.

‘‘Laksana kaum Aus dan Khazraj yang bersengketa ratusan tahun akhirnya dengan tali Allah (Islam) yang dibawa oleh Nabi Muhammad (SAW) hati mereka diikat dan ditambat kukuh untuk menjadi ‘satu’ di bawah kanopi Islam,’’ katanya.

Dia menyatakan demikian dalam blognya dalam artikel yang bertajuk ‘Pelan Damai Untuk UMNO dan Pas’ hari ini.

Apa yang dikatakan oleh Nasrudin bakal menjadi racun kepada Mahfuz dan juga Salahuddin yang beria-ia menolak kerjasama diantara kedua parti.

Tak dapat dipastikan sama ada kenyataan Nasrudin ini dibuat secara sedar ataupun sewaktu dia tengah mamai kerana ia amat bertentangan sekali dengan apa yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin tua PAS.

Cuma diharapkan, kenyataan Nasrudin ini mewakili golongan muda didalam parti tersebut yang tak terpengaruh dengan politik dendam Nik Aziz terhadap UMNO selama ini.

p/s: Mesti Nasrudin kena hentam kaw-kaw punya selepas ni dengan para totok Nik Aziz, Mahfuz dan juga Salahuddin akibat sokong kerajaang perpaduang. Hahaha.

Advertisements

11 thoughts on “Edisi Terkejut !!! Ketua Pemuda PAS sokong UMNO dan PAS berkerjasama.

  1. bro UMPP,

    kira baguih jg Nasrudin tantaik ..dia berfikiran politik baru dan ke arah perpaduan ummah .

    dia boleh join Hadi , Nasha , Haron Din punya team la …hehe

    PAS erdogan mcm Mr Bean , Salahuddin , Nik Aziz mesti marah punya ..haha

    Like

  2. Kang ada yang jadi anak derhaka plak ni kang..x masuk syurga nanti..

    Like

  3. Dewan Pemuda Pas Pusat baru sedar ke apa..or baru terfikir..PAS lembab..

    -Pablo-

    Like

  4. Belum terlambat kalau pas nak keluar dari pakatan… fikirkanlah demi masa depan agama, bangsa dan negara..

    Like

  5. pas perlu keluar dari pakatan rakyat dan umno perlu keluar dari bn

    Like

  6. oopocottt!!!terkezut aku…..

    Like

  7. Syukurlah jika mahu bergabung…
    buangkan keegoan masing2..air dicincang tak kan putus..kekusutan politik yg selama ini harus dileraikan…jgn jadikan anak muda terkapai2 dalam politik…fikirkan generasi akan datang…jgn sampai mereka meluat dgn politik…yg menyebab melayu terus rugi di bumi bertuah ni…org tua/pemimpin bergaduh..yg jadi mangsa generasi akan datang…

    Like

  8. semoga keamanan dan kenikmatan yg kita nikmati selama ini tidak sekadar menjadi kenangan sejarah anak cucu kita….
    fikir2kanlah…. wahai anak2 melayu islam…m

    Like

  9. tantawi lebih takutkan Allah yg lain2 tu dah ditutup hati oleh Nik Aziz

    Like

  10. Assalamualaikum Blogger,
    Sebenarnya perkara ini baik untuk masa depan orang melayu yang terlalu jauh ketinggalan.Janganlah fikirkan parti DAP teruskanlah demi masa depan orang melayu.

    Like

  11. PERGH SAPE SANGKA BUAH CEMPEDAK LOM JD NANGKA!. MCM X CAYE LAK. SEBUSUK2 TAIK ADE GAK WANGI NYEEE HUHUHU. APA PUN KITA TUNGUUUUUUUUUUUUUUU….

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s