Masuk PAS takkan membawa ke syurga !

Hukum bagi mengharamkan sesuatu yang halal termasuklah rezeki kurniaan Allah swt adalah berdosa besar dan juga seolah-olah mencabar hukum yang digariskan dalam Islam. Menjatuhkan hukum haram kepada sesuatu yang halal juga adalah satu kelancangan terhadap hukum Allah swt.

Allah telah berfirman yang bermaksud,

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta, ‘Ini halal dan ini haram,’ untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidaklah beruntung.” (QS. An-Nahl [16]: 116)

Pemimpin-pemimpin PAS telah menggariskan hukum didalam bai’ah terbaru untuk wakil-wakil mereka iaitu HARAM segala pendapatan wakil tersebut dan juga anggota keluarganya jika bertindak keluar parti.

Selain dari itu, bai’ah terbaru PAS juga menyatakan bahawa wakil yang keluar parti dikehendaki meletakkan jawatan serta membayar ganti rugi kepada parti jika mereka tidak lagi bersama PAS.

Siapakah pemimpin-pemimpin PAS ini yang mahu mengharamkan rezeki halal yang diperolehi oleh wakil-wakil mereka dan juga anggota keluarganya? Tinggi sangatkah ilmu agama mereka sehingga sanggup mengharamkan sesuatu yang halal disisi Allah?

Perbuatan pemimpin-pemimpin PAS ini secara jelas bertentangan dengan hukum Allah. Kelakuan mereka ini semata-mata hanya menurut nafsu syaitan yang semakin membelenggu akibat dari tamakkan kuasa dan kedudukan.

Tindakan mengharamkan yang halal ini juga menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin PAS sanggup mengubah apa yang tertulis didalam Islam demi kepentingan peribadi mereka sendiri.

Tindakan PAS ini sama dengan mencabar apa yang telah dihukumkan Allah didalam Al Quran. Perbuatan mereka-mereka ini merupakan dosa yang besar kerana telah menyempitkan serta mengelirukan masyarakat tentang hukum-hukum Islam.

Ini semua bertentangan dengan prinsip umum Syariah Islam yang memberikan kemudahan serta menghilangkan kesulitan didalam agama.

Dari Sa`d Ibn Abi Waqqash, Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud,

“Sesungguhnya yang paling besar dosa dan kejahatannya dari kaum muslimin adalah orang yang bertanya tentang hal yang tidak diharamkan, lantas hal tersebut menjadi diharamkan karena pertanyaannya tadi.” (Riwayat al-Bukhari)

Jadi, sudah terang apa yang pemimpin-pemimpin PAS lakukan didalam bai’ah mereka sudah menyeleweng dari lunas-lunas Islam dan juga amat bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Allah swt dan juga Nabi Muhammad saw.

Selepas ini, jika ada dikalangan lebai-lebai mangkuk yang menyatakan bahawa jadi ahli PAS atau pun mengundi PAS masuk syurga serta beroleh pahala, mereka yang kata begitu adalah dari kalangan pembohong besar.

PAS bukan sahaja tak mampu membawa ahli-ahli mereka masuk syurga, malah kini segala tindak tanduk pemimpin-pemimpin PAS mengharamkan hukum Allah seolah-olah mahu merejam seluruh ahli mereka ke dalam neraka !

Advertisements

2 thoughts on “Masuk PAS takkan membawa ke syurga !

  1. INILAH KENYATAAN ORANG YANG TAK DAPAT PROJEK.KALAU GOLONGAN ULAMA ORANG PANGGIL ULAR DALAM SEMAK.CUKUP CUKUP LATU SEMUA ORANG PUN TAK BETUL BANYAK BANYAK BERTAUBAT.KEJAR DUNIA TAK KEMANAPUN.KITA RASA KITA PANDAI ADA LAGI ORANG PANDAI.CUKUP2 LATU.

    Like

  2. TP BRO WALLY SLIPOR DAH HIAS NERAKE TU MCM SYURGA DIA LA. TU PSL RAMAI LG PENYOKONG2 TEGAR DIA MASIH MENDEWA2KAN DIA SBB DH TAU NERAKA CIPTAAN WALLY SLIPOR ADE AIR-COND! KEHKEHKEHKEH >|D

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s