Hosni Mubarak ularmak upahan PAS.

Saban hari PAS menuduh UMNO dan kerajaan BN menipu rakyat. Di dalam isu apa sekalipun, biarpun usaha untuk kebajikan rakyat jika ia diusahakan oleh UMNO dan BN, PAS serta Pakatan Rakyat tetap menghebohkan kepada masyarakat bahawa kerajaan mahu menipu lagi.

Siapa yang sebenarnya kuat menipu rakyat? Baru dua tiga hari lepas, ada berita kemasukan sekumpulan ulamak muda menyertai UMNO. Ini sepatutnya disambut baik oleh PAS kerana mereka selama ini menuduh bahawa UMNO takkan membawa ke syurga. Jadi biarlah kumpulan ulamak muda ini berdakwah kepada UMNO dan membetulkan segala kesilapan yang ada.

Tetapi, PAS memilih untuk mengeji dan membuat fitnah kononnya ada ulamak didalam kumpulan ulamak muda tersebut diperdaya oleh UMNO dan Datuk Seri Shahidan Kassim. PAS telah menampilkan kononnya seorang ulamak yang berada bersama kumpulan tersebut yang bernama Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid dari Sg Buloh berserta tiga lagi rakannya untuk membuat kenyataan bahawa mereka telah diperdaya.

Cuba teliti cerita dari Hosni Mubarak ini,

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escala…tor, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu. 


 “Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,”. 


 “Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.

Persoalan yang timbul disini ialah,

1. “dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall”… siapa yang bawa masuk?

2. Perkataan KAMI, kami itu bermaksud ramai. Adakah yang ramai2 tu, tak seorang pun yang kenal siapa yang bawa mereka masuk melalui bangunan sebelah Mall?

Tak juga diberitahu kami itu berapa orang, mungkin 44 orang. Mungkin juga yang join 40 dan yang tak join 4 orang.

3. “Naik escalator, pusing-pusing….” Takkan x ada seorang ulama pun yang berada disitu tahu mereka berada disana untuk apa? Atau mereka sekadar mengikut?

4. Mereka ni beramai2 datang dari mana? berkumpul dimana? siapa ketua? Takan yang semua mereka ini bisu?

Dan didalam Malaysiakini telah disiarkan penafian dari Fathul Bari Mat Jahaya yang merupakan antara 40 orang ulamak muda yang menyertai UMNO pada hari tersebut.

Ustaz Fathul berkata Hosni dan tiga rakannya langsung tiada dalam senarai kumpulan mereka. Dan jika benar Hosni dan rakannya diperdaya, mengapa mereka masih bersenang lenang menjamu selera di majlis anjuran UMNO tersebut.

Nampak sangat penipuan yang dibuat oleh Hosni Mubarak ini. Mungkin mereka ini sengaja dihantar oleh Pas bagi mengintip majlis UMNO. Dan mungkin mereka dijanjikan dengan tiket syurga oleh Idris Ahmad jika berlakon untuk memburuk-burukkan UMNO.

Jika orang seperti Hosni Mubarak ini dianggap sebagai ulamak oleh PAS, memang benarlah bahawa ulamak PAS semuanya adalah ulamak kangkong, nampak cantik diluar tapi dalam kosong.Cakap berdegar-degar umpama tong kosong. Dengar bunyi saja kuat tapi isi tiada langsung!

Advertisements

3 thoughts on “Hosni Mubarak ularmak upahan PAS.

  1. siasat siapa sebenarnya 4 stooges ini..dan umno sepatutnya menyaman mereka berempat kerana memutarbelitkan cerita dan memfitnah.

    Like

  2. Salam tuan tuan sekalian….. tak perlu kita siasat kerana telah ada penafiannya….Inilah masanya kita menyokong barisan ulama yang muda ini untuk membentuk generasi yang lebih berilmiah dan juga memperkasakan Islam dalam UMNO…..Cukup dengan petikan yang menafikan sudah cukup untuk melihat kewibawaan mereka untuk memperjuangkan yang benar dan bukan kerana jawatan…..
    Ingatlah wahai ULAMA MUDA…..melilit dahulu barulah memanjat…..kerana semakin kita tunduk padi, semakin di yakini dan di hormati oleh lawan….percayalah….
    kami sentiasa akan menyokong dalam memperjuangkan ISLAM…..Nyalaan obor Keislaman tuan -tuan sekalian di harap dapat berkekalan dan sentiasa mekar.Salam

    Like

  3. Anon 10:23, Hosni Mubarak ni cuma mahu memburukkan UMNO dengan pembohongan bertaraf budak tabika. Setakat itu sajalah yang mampu dilakukan oleh PAS.

    YB Raz, mungkin saman ini bukan budaya kita tapi tak salah jika sekali sekala kita saman balik macam yang mereka selalu lakukan.

    CucuAtok, setuju benar dengan apa yang Tuan utarakan. Bagus sekali jika ia dapat dilaksanakan dan di implementasi oleh gologan ulama muda didalam UMNO.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s